BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, August 13, 2010

music 17

manusia oh manusia

Mayat bayi dalam pembetung najis


2010/08/13
TANAH MERAH: Mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam pembetung najis dekat pekan baru Bukit Bunga di sini, petang semalam.

Mayat bayi terbabit ditemui kira-kira jam 5 petang dalam keadaan tertiarap di dasar pembetung yang terletak di belakang sebuah bangunan premis perniagaan dan kediaman. Mayat itu ditemui seorang kanak-kanak, Mohd Arif Ibrahim, 8, sejurus membuka penutup lubang pembetung berkenaan kerana mahu memasukkan mercun ke dalamnya. Saya buka zink yang menutup lubang itu. Ketika melihat di dalamnya sebelum nak masukkan mercun, saya terkejut bila nampak seorang bayi tidak bergerak di dalamnya.

Saya tak jadi melemparkan mercun masuk ke dalamnya, sebaliknya kami pergi beritahu seorang lelaki yang berada berdekatan sebelum dia melaporkan kepada polis, katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sepasukan anggota polis dikejarkan ke lokasi terbabit sejurus menerima maklumat berhubung penemuan mayat bayi perempuan di tempat kejadian.

Mayat berkenaan dipercayai sudah berada di situ lebih 24 jam berdasarkan keadaan fizikalnya yang sudah membengkak.
Anggota forensik polis mengeluarkan mayat berkenaan dari lubang pembetung itu kira-kira 7.50 malam sebelum dihantar ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk bedah siasat.

My thoughts:

astaghfirullah.. bkn la nak kata diri aku ni baik.. tp kalau da terlanjur tu, pandai2 la nak cover..jgn la nak pancut dlm, mcm hebat sgt je.. bajet best la tu.. kalau da termengandung, nak buang baby tu pon, buang la kat depan rumah org ke, depan jkm ke.. jgn la buang kat tempat2 cmtu.. x takot azab ke? da la zina, pastu buang anak lg.. ish2.. semoga Allah mengampunkan dosa2 mereka yg buat bnde2 cmni.. Amin.......

0 the critics: